Minggu, 21 Oktober 2007

WANITA!

Semua lelaki perlukan wanita.
Tanpa wanita ,hati perasaan dan fikiran lelaki akan rusak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?

Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, kekasih dan puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus.

Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH.
Didikanlah mereka dengan panduan dari-Nya.
Jangan coba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar,Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.

Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah puncak bagi kekuatan Dunia. Akal wanita stipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu Kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.

Bila wanita durhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada ALLAH nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.

* Bahan ini bukan sahaja untuk renungan para lalaki & suami tetapi para wanita, isteri & ibu*

Tidak ada komentar: